Selamat datang ke Azsue's Pharma

Azsue's Pharma kini berwajah baru; lebih SEGAR dan CERIA. Dapatkan pelbagai informasi dan tip-tip kesihatan dan famili di sini. Hubungi kami di azsuepharma@gmail.com atau 0196352494

VIVIX: Memelihara Kesihatan Menyeluruh

Apa respon pengguna VIVIX?? VIVIX Shaklee; Tonik AJAIB!!

Rawat Resdung Dengan Shaklee

Tahukah anda? Masyarakat lazimnya menganggap penyakit ini adalah penyakit yang tidak berbahaya walaupun hakikatnya jika dibiarkan menjadi kronik ia boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!

Set Penyusuan (3M) Shaklee

Membantu ibu-ibu menyusu lebih sihat bertenaga

Kenapa Shaklee Berbeza dengan produk lain

Always Safe. Always Works. Always Green

Sunday, August 3, 2014

Evening Primrose Oil (EPO) dan Gamma-linolenic Acid (GLA)

Bismillahirrahmanirrahim | Assalamualaikum

Pernah dengar Evening Primrose Oil? Atau nama glamornya EPO?

Seingat saya, sejak dari zaman remaja saya dah didedahkan dengan EPO. Macam-macam kebaikan EPO yang dikhabarkan. Untuk stabilkan hormon. Cantikkan kulit. Kurangkan Jerawat. Cantikkan rambut. Kurangkan senggugut. Kurangkan sakit sendi. Macam-macam kebaikan EPO yang diceritakan. Nak dijadikan cerita, EPO memang supplemen yang wajib saya ambil sejak zaman remaja, sampaila dah beranak tiga.Nak cantik & jelita katakan.....

Bila dah terjebak dengan Shaklee, suplemen pertama yang saya cari semestinya EPO. Fuhhh!!! terasa dukacita mula-mula bila tengok senarai produk Shaklee tiada EPO. Memang kecewalah!!! Sangat Kecewa!! Tapi takkan Shaklee tak alert dengan kesihatan WANITA? X mungkin.. X mungkin..

Bila dah baca-baca... study-study.... rupa-rupanya suplement untuk penjagaan waita ialah GLA (gamma linolenic acid).  Kebanyakkan supplement GLA dipasaran terhasil dari Evening Primrose Oil (EPO).... dan Shaklee memang ada suplemen GLA Complex. Kandungan aktif GLA Complex Shaklee terdiri daripada; Vitamin E, GLA dari Borage Seed Oil dan Linolenic Acid dari Minyak Bunga Matahari & Borage Seed)





Perbezaan English Primrose Oil dengan Borage Oil?
Jadi, apakah perbezaan antara EPO dengan borage oil? Borage oil mengandungi GLA yang lebih tinggi dari EPO iaitu sebanyak 25% berbanding 10% GLA dalam EPO. Kelikatan GLA yang lebih tinggi terbukti lebih baik untuk membantu dalam beberapa masalah kesihatan seperti PMS, arthritis, malah ekzema. Bukan itu saja, GLA Complex Shaklee mengandungi Vitamin E dan minyak biji bunga matahari yang kaya dengan asid lemak Omega-6. Daun borage juga dikatakan galactogogue yang bagus (dalam GLA Complex Shaklee bukan daun, tapi biji bunga borage).
Borage oil juga digunakan pada akhir kehamilan untuk mematangkan serviks.




Berminat nak cuba GLA? Ada apa dengan GLA Complex Shaklee?

Dapatkan GLA anda di sini...

Inginkan produk-produk Shaklee yang lain? Klik-klik sahaja di sini

Hubungi saya untuk konsultasi percuma.
Hanya yang terbaik untuk anda...

Sue Aziz
0196352494


 



Ada Apa dengan GLA Complex Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim | Assalamualaikum,

Sempena bulan Ogos, bulan promosi beli 6 percuma 1 GLA Complex Shaklee; kami nak crita serba sikit tentang GLA Complex Shaklee.

 Kandungan GLA Complex Shaklee




Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E
GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.
 
Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *
Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
1Fann YY, Chapkins RS.Importance of dietary gamma-linolenic acid in human health and nutrition. Journal of Nutrition. 7998;128:1411-1414

Fungsi GLA Complex SHAKLEE

  1. Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  2. Membantu meningkatkan kesuburan
  3. Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  4. Membantu dalam menangani menopus
  5. Menguatkan kuku dan rambut
  6. Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  7. Membantu menangai ekzema
  8. Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  9. Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  10. Menguatkan imuniti tubuh
  11. Memperlahankan proses penuaan
  12. Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  13. Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  14. Mengawal kolesterol
  15. Untuk fungsi saraf


SIAPA YANG MEMERLUKAN GLA? 


GLA sangat diperlukan oleh semua kaum hawa samada yang telah berkahwin atau tidak…
GLA diperlukan bagi golongan wanita yang menghidap Pre Menstrual Syndrom atau PMS.
GLA sangat diperlukan oleh pengidap arthritis rheumatoid dan eczema dan mereka yang menghadapi masalah kencing manis serta mereka yang bimbang dengan lebihan berat badan.

Berminat nak cuba GLA?
Apa beza EPO & GLA?

Dapatkan GLA anda di sini...

Inginkan produk-produk Shaklee yang lain? Klik-klik sahaja di sini

Hubungi saya untuk konsultasi percuma.
Hanya yang terbaik untuk anda...

Sue Aziz
0196352494

Monday, July 7, 2014

Phytocol-ST Shaklee: Membantu Menurunkan Paras Kolestrol Anda

Bismillahirrahmanirrahim | Assalamualaikum,

Shaklee dengan bangganya telah melancarkan satu lagi PRODUK TERBAIK yg berasaskan 100% bahan semulajadi khusus untuk kesihatan anda! Kali ini ia adalah PHYTOCOL-ST

PhytoCol-ST Shaklee adalah formulasi proprietari berasaskan bahan-bahan yang telah terbukti secara klinikal berkesan untuk penyekatan penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol dalam badan. Ia berfungsi untuk menurunkan paras kolesterol; tanpa mengira faktor usia.





APAKAH KEISTIMEWAAN PHYTOCOL-ST?

  • Diperbuat daripada campuran bahan semulajadi yg mengandungi sterols & stanols tumbuhan yg dikenali sebagai 'phytosterols'. Rujuk sini untuk baca tentang phytosterols.
  • Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol dalam lebih 80 kajian
  • Penagmbilan 4 biji Phytocol-ST dalam sehari, adalah memenuhi keperluan 2000mg phytosterols ; 100% nilai fitosterol harian yg diperlukan untuk menurunkan paras kolesterol manusia dewasa.
  • Kandungan phytosterols di dalam Phytocol-ST telah diperakui oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) untuk membantu menurunkan paras kolesterol.
  • Tiada pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan.
  • Dijamin halal, selamat & berkesan. Tidak mempunyai kesan sampingan yg buruk.

 

BAGAIMANA PHYTOCOL-ST BERTINDAK??

Fitosterol merupakan pembentuk dinding sel tumbuhan, yang mem[punyai struktur yang sama seperti kolestrol. Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam Usus. Ini bermaksud apabila anda mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh anda dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL anda. Disamping, ia juga bertindak menghambat penyerapan kolesterol di usus sekaligus mengurangkan kadar kolestrol.

Fitosterol dapat mengatur kadar lemak normal dalam darah.

Dikatakan pengambilan jumlah fitoserol dengan konsisten mampu menurunkan kadar kolestrol 10% hingga 14% dalam masa 2 minggu.

 
  


HANGAT!!! TESTIMONIAL PHYTOCOL-ST


Ethan Wang; Sales Diretor di Shaklee Malaysia sendiri telah mencuba tahap keberkesanan Phytocol-ST ini. Dalam masa 2 bulan sahaja, beliau telah berjaya menurunkan kadar kolesterol beliau sebanyak 22%! Wowww! Dan, oh ye... beliau sanggup menghentikan pengambilan supplemen Shaklee yg lain tau, semata-mata untuk membuktikan keberkesanan Phytocol-ST ni.. 

Lebih menarik, beliau tidak mengawal pengambilan makanan harian sepanjang pengambilan Phytocol-ST Shaklee.

Jom tengok result Ethan ni:






Jom turunkan paras kolesterol kita sebelum terlambat! Jangan tunggu sampai salur jantung kita 'tersumbat' dan stroke datang menyerang baru nak bertindak! Itu sudah terlambat!

Hubungi saya untuk maklumat lanjut berkenaan Phytocol-ST.
 
Ingin Dapatkan Phytocol-ST anda? Klik sini





Sue Aziz
0196352494

Thursday, July 3, 2014

Mahu beli Shaklee? Klik.. klik.. aja

Bismillahirrahmanirrahim | Assalamualaikum

Alhamdulillah, masih diberi peluang Iman dan Islam.
Di pagi Jumaat yang barakah ini, saya ingin mengumumkan, semua pelanggan AzsuePharma kini boleh membuat pembelian terus secara online.

Anda hanya perlu klik link di bawah, order buat pembayaran dan produk Shaklee yang dipesan akan tiba di depan pintu rumah anda.

Mudahkan!!

Jom klik.. klik....

 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=77ec6f21c85b637cc42bb997841e11a6

Sue Aziz
0196352494

Thursday, June 19, 2014

Set Kanak-Kanak Shaklee; meningkatkan sistem IMUN anak anda

  Bismillahirrahmanirrahim | Assalamualaikum
Anak anda kerap demam? Dah bagi makan ubat demam, dah tukar-tukar klinik pun asyik demam je. Meh check apa yang tak kena dengan anak kita.
Punca anak-anak yang sering demam, selesema anak dan batuknya berulang-ulang kali datang  adalah tahap sistem imunnya yang rendah. Tambah anak-anak yang dihantar di nursery, sekolah ataupun yang selalu dikelilingi orang ramai. Mereka lebih mudah dijangkiti penyakit.
Sistem imun berfungsi membina pertahanan tubuh dan melawan virus dari merosakkan sel-sel tubuh kita dan menyebabkan anak-anak jatuh sakit. Sistem imun sangat penting dalam mempengaruhi kesihatan dan kestabilan fizikal kita. 
 Sebilangan ibubapa memilih untuk membawa anak mereka ke klinik untuk mendapatkan antibiotik. Dipercayaai antibiotik mampu membunuh VIRUS & KUMAN yang membuat anak mereka sakit.  Antibiotik bukan sahaja membunuh VIRUS & KUMAN JAHAT, ia juga membunuh VIRUS & KUMAN BAIK yang sepatutnya melindungi tubuh badan kita dari penyakit. Dengan kata lain, antibiotik tidak membantu pun meningkatkan sistem imun.


Jadi untuk membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak kita boleh memberikan supplement Set Kanak-kanak shaklee yang selamat kepada mereka.
Set Kanak-Kanak shaklee tidak memudaratkan kesihatan kanak-kanak kerana 100% semulajadi, tidak mengadungi perasa, pewarna, dan pengawet tiruan serta telah diuji dengan lebih 80,000 ujian termasuk ujian klinikal. Dan yang paling penting produk shaklee diuji ke atas manusia sahaja. Shaklee tidak menggunakan sebarang jenis haiwan dalam uji kaji mereka.
Set Kanak-kanak shaklee yang membantu melengkapkan dan meningkatkan sistem imun adalah:

Set Kanak-kanak Shaklee untuk Umur 1 Hingga 12 Tahun

Chewable Vita-C Plus, Omega Guard, Mealshake dan Nutriferon Shaklee 

Set Kanak-kanak Shaklee untuk 12 tahun Ke Atas

  Chewable Vita-C Plus, B.Complex, Vitalea,  Omega Guard, Mealshake dan Nutriferon Shaklee
 
Vitamin-vitamin shaklee ini membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh terhadap jangkitan virus, bakteria, kulat dan radikal bebas yang mudah menyerang sistem pertahanan tubuh kanak-kanak
Kombinasi set Kanak-kanak Shaklee ini juga membantu anak lebih cerdik, menguatkan daya ingatan, membantu anak lebih fokus, ceria, berat badan bertambah, aktif secara normal, dan membantu meningkatkan selera makan anak anda.

Untuk maklumat lanjut berhubung Set Kanak-Kanak Shaklee, Atau memilih kombinasi vitamin yang sesuai mengikut keperluan tubuh & poket anda. Hubungi saya, saya bantu Anda.

Mahu Order?? Klik sini..

Set Kanak-kanak Shaklee



Sue Aziz 
0196352494

Sunday, June 15, 2014

Set Slim untuk Ibu menyusu Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim | Assalamualaikum

Setiap wanita idamkan tubuh badan yang langsing dan sihat. Suatu ketika dahulu, ada yang sanggup tidak hamil dan menafikan penyusuan secara eksklusif gara-gara takut berat badan NAIK. Alasan di beri; TAK NAK BERAT BADAN NAIK!!!

Tahukah anda? IBU MENYUSU MEMBAKAR PURATA 300 - 500 KALORI SEHARI.









Ibu menyusu juga boleh Slim jika mereka mahu. Namun, anda perlu mengikut peraturan diet bagi ibumenyusu. Ini untuk memastikan supaya badan anda Slim, anda dan baby sihat dan susu anda tidak kekeringan.

Shaklee ada menawarkan Set Slim yang boleh diambil oleh ibu menyusu. Membakar lemak di samping menambah kuantiti dan kualiti Susu IBU. Kini, kehamilan & penyusuan bukan lagi alasan buat anda kekal langsing. Malahan ramai di kalangan pengguna Set Slim Shaklee untuk ibu menyusu  menyatakan mereka lebih Slim daripada sebelum hamil. Saya sendiri telah turun 17kg dalam tempoh 6 bulan dengan Set Slim untuk ibu menyusu Shaklee.





Mari kita berkenalan dengan produk-produk Set Slim untuk Ibu menyusu Shaklee

Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut Lecithin mengandungi 530g Lecithin. Lecithin bertindak sebagai pemecah lemak. Ianya selamat dan tidak menjejaskan penyusuan bagi ibu-ibu yang menyusu. 

Omega Guard Shaklee adalah pilihan selamat bagi ibu menyusu membakar lemak. Ini kerana Omega Guard Shaklee bertindak membakar lemak di badan tanpa menjejaskan susu yang terhasil. Susu tidak akan berkurang, juga tiada pencemaran yang berlaku terhadap susu ibu. Selain daripada bakar lemak ibu menyusu, Omega Guard Shaklee juga dapat membantu perkembangan otak bayi semasa di dalam kandungan. EPA dan DHA yang ada di dalam Omega Guard penting untuk sistem imunisasi anak-anak. Omega juga dapat meningkatkan kesihatan otak dan tubuh badan

Setelah lemak dipecahkan, lemak berlebihan itu perlu diangkut keluar dengan proses detox. Ibu-ibu menyusu disyorkan Alfalfa. Ada dikalangan ibu menyusu badan mengatakan Alfalfa dapat menambahkan susu badan.

Ibu-ibu menyusu yang disarankan mengambil ESP (Energizing Soy Protein).ESP juga dikatakan dapat membantu memekatkan susu ibu dan memberi tenaga berkekalan yang dapat bertahan berjam-jam lamanya. Selain itu ESP Shaklee juga membantu ibu memperolehi kulit yang lebih licin, gebu dan anjal.

Anda juga boleh mengikuti panduan diet bagi ibu menyusu untuk mendapatkan kesan yang lebih efektif.
Ingin mencuba Set Slim untuk ibu Menyusu Shaklee?
Pastikan anda ambil Set yang betul menggunakan teknik yang betul untuk memastikan hasrat anda Langsing dan sihat tercapai.


Sue Aziz
0196352494

Segalanya tentang Diet untuk Ibu Menyusu

Bismillahirrahmanirrahim | Assalamualaikum

Peraturan diet bagi ibu menyusu:

1)  Berdiet hanya selepas anak melepasi umur 2 bulan 
Ini adalah untuk memberi badan kita masa untuk menghasilkan susu yang berkualiti untuk bayi anda. Dengan menyusukan, badan kita membakar purata 200-500 kalori sehari.  

2) Menyusukan tanpa had
Kajian menunjukkan jika seseorang ibu itu kerap menyusu dan menyusu lebih daripada  6 bulan, ibu akan hilang lebih berat. Oleh itu, jangan risau tentang berat anda dan teruskan menyusukan badan secara eksklusif sampailah anak berumur 6 bulan.

3) Makanlah sekurang-kurangnya 1500-1800 kalori sehari
Adalah disarankan anda mengambil sekurang-kurangnya 1500-1800 kalori sehari untuk memastikan susu anda mencukupi dan berkualiti. 

4) Tidak boleh turun berat lebih daripada 680 gram seminggu 
Ibu-ibu boleh turun berat sehingga 680 g seminggu atau 3kg sebulan selepas bulan kedua dan tidak menjejaskan susu dan kesihatan bayi.

5) Kurangkan pengambilan kalori secara perlahan-lahan
Jangan terlebih mengurangkan kalori, dikhuatiri akan menyebabkan kurangnya kualiti susu ibu.

6) Elakkan ambil jalan mudah utk kurus
Liquid diet, diet rendah karbohidrat, diet atkin, ubat kurus adalah sangat tidak digalakkan ketika menyusu.







Panduan Diet bagi ibu menyusu:

1) Jangan skip meal, kerana berpotensi untuk terlebih makan jika tahan lapar

2) Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari

3) Jangan timbang berat setiap hari kerana perubahan mungkin tidak segera dalam masa yang singkat, jadi elakkan timbang setiap hari untuk elakkan perasaan kecewa jika berat tidak turun secepat yang dikehendaki.

4) Ambil sarapan kerana sarapan pagi akan menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisma juga akan meningkat untuk membakar kalori yang berlebihan

5) Makan dengan bijak. Makan berkualiti bukan kuantiti. Kunci utama ibu berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun adalah ibu perlu menjaga kesihatan tubuh badan. Cuba lebihkan makanan yang berfiber, protein tinggi. Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan terlalu manis. Ambil lebih buah-buahan dan sayur-sayuran. Pilihlah ikan dan kurangkan ayam dan daging. Kurangkan mengambil nasi dan ambillah vitamin-vitamin untuk memastikan kualiti nutrisi seharian.

6) Makan lebih kerap. Makan setiap 2-3 jam sepanjang hari dan bukannya hanya 3 kali sehari. Ini akan memastikan metabolisma badan anda aktif, mengelakkan terlebih makan kerana lapar dan dahaga. Tukarlah kepada cara pemakanan yang baru dan sihat.

7) Pastikan anda cukup tidur. Tidur itu penting untuk memastikan anda focus dan beremosi baik dan seterusnya dapat mengawal gaya pemakanan anda.Cuba untuk tidur sementara bayi anda tidur.

8) Harus diingatkan proses menurunkan badan ini memerlukan komitmen sebab berat akan turun secara beransur-ansur.  

9) Bersenamlah selalu. Bersenam akan mengelakkan kita daripada sakit-sakit badan yang lain dan ‘kesan sampingan’nya akan berat kita akan berkurangan.

Untuk kesan yang lebih efektif?

Shaklee ada menawarkan Set slim untuk ibu menyusu.
Anda pasti lebih langsing sihat & menawan dengan menggunakan set tersebut


Sue Aziz
0196352494