Bismillahirrahmanirrahim | Assalamualaikum
Peraturan diet bagi ibu menyusu:
1) Berdiet
hanya selepas anak melepasi umur 2 bulan
Ini
adalah untuk memberi badan kita masa untuk menghasilkan susu yang berkualiti
untuk bayi anda. Dengan menyusukan, badan kita membakar purata 200-500 kalori
sehari.
2) Menyusukan
tanpa had
Kajian
menunjukkan jika seseorang ibu itu kerap menyusu dan menyusu lebih
daripada 6 bulan, ibu akan hilang lebih berat. Oleh itu, jangan risau
tentang berat anda dan teruskan menyusukan badan secara eksklusif sampailah
anak berumur 6 bulan.
3) Makanlah
sekurang-kurangnya 1500-1800 kalori sehari
Adalah
disarankan anda mengambil sekurang-kurangnya 1500-1800 kalori sehari untuk
memastikan susu anda mencukupi dan berkualiti.
4) Tidak
boleh turun berat lebih daripada 680 gram seminggu
Ibu-ibu
boleh turun berat sehingga 680 g seminggu atau 3kg sebulan selepas bulan kedua
dan tidak menjejaskan susu dan kesihatan bayi.
5) Kurangkan
pengambilan kalori secara perlahan-lahan
Jangan
terlebih mengurangkan kalori, dikhuatiri akan menyebabkan kurangnya kualiti
susu ibu.
6) Elakkan
ambil jalan mudah utk kurus
Liquid
diet, diet rendah karbohidrat, diet atkin, ubat kurus adalah sangat tidak
digalakkan ketika menyusu.
Panduan Diet bagi ibu menyusu:
1) Jangan
skip meal, kerana berpotensi untuk terlebih makan jika tahan lapar
2) Minum
air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
3) Jangan
timbang berat setiap hari kerana perubahan mungkin tidak segera dalam masa
yang singkat, jadi elakkan timbang setiap hari untuk elakkan perasaan kecewa
jika berat tidak turun secepat yang dikehendaki.
4) Ambil
sarapan kerana sarapan pagi akan menstabilkan hormon dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolisma juga akan meningkat untuk membakar kalori yang
berlebihan
5) Makan
dengan bijak. Makan berkualiti bukan kuantiti. Kunci utama ibu berjaya
menyusukan anak sehingga 2 tahun adalah ibu perlu menjaga kesihatan tubuh
badan. Cuba lebihkan makanan yang berfiber, protein tinggi.
Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan terlalu manis. Ambil lebih
buah-buahan dan sayur-sayuran. Pilihlah ikan dan kurangkan ayam dan daging.
Kurangkan mengambil nasi dan ambillah vitamin-vitamin untuk memastikan kualiti
nutrisi seharian.
6) Makan
lebih kerap. Makan setiap 2-3 jam sepanjang hari dan bukannya hanya 3 kali
sehari. Ini akan memastikan metabolisma badan anda aktif, mengelakkan terlebih
makan kerana lapar dan dahaga. Tukarlah kepada cara pemakanan yang baru dan
sihat.
7) Pastikan
anda cukup tidur. Tidur itu penting untuk memastikan anda focus dan
beremosi baik dan seterusnya dapat mengawal gaya pemakanan anda.Cuba untuk
tidur sementara bayi anda tidur.
8) Harus
diingatkan proses menurunkan badan ini memerlukan komitmen sebab berat
akan turun secara beransur-ansur.
9) Bersenamlah
selalu. Bersenam akan mengelakkan kita daripada sakit-sakit badan yang lain dan
‘kesan sampingan’nya akan berat kita akan berkurangan.
Untuk
kesan yang lebih efektif?
Shaklee
ada menawarkan Set slim untuk ibu menyusu.
Anda
pasti lebih langsing sihat & menawan dengan menggunakan set tersebut
Sue Aziz
0196352494
0 comments :
Post a Comment