Selamat datang ke Azsue's Pharma

Azsue's Pharma kini berwajah baru; lebih SEGAR dan CERIA. Dapatkan pelbagai informasi dan tip-tip kesihatan dan famili di sini. Hubungi kami di azsuepharma@gmail.com atau 0196352494

VIVIX: Memelihara Kesihatan Menyeluruh

Apa respon pengguna VIVIX?? VIVIX Shaklee; Tonik AJAIB!!

Rawat Resdung Dengan Shaklee

Tahukah anda? Masyarakat lazimnya menganggap penyakit ini adalah penyakit yang tidak berbahaya walaupun hakikatnya jika dibiarkan menjadi kronik ia boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!

Set Penyusuan (3M) Shaklee

Membantu ibu-ibu menyusu lebih sihat bertenaga

Kenapa Shaklee Berbeza dengan produk lain

Always Safe. Always Works. Always Green

Wednesday, May 21, 2014

Nak Cantik Dengan Vitamin E Shaklee

Salam...
Baca je tajuk entry ni terus rasa teruja..terutama sekali mestilah kaum wanita kan..sape yang tak nak cantik..nak cantik di luar mestilah kita kene cantikkan di dalam dulu..apa kata kita baca info tentang Vitamin E Shaklee ni..

Shaklee Vitamin E dalam majalah iSihat November 2011

Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.


Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

Secara kesimpulan :

1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

2. Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. Pengalaman ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct.

Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.

3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.

4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah saraf belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.

6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

Bestkan khasiat Vitamin E ni..apa lagi kawan-kawan...kalau berminat bolehlah hubungi saya ye..

Jika anda berminat untuk mencuba Produk Shaklee boleh hubungi saya di talian 019-6352494(call / sms/whatapps) atau email azsuepharma@gmail.com

"Sharing is Caring"

Monday, May 19, 2014

Tips Banyakkan Susu Ibu dalam Tempoh 7 Hari

Sebagai ibu bekerjaya, cukup stok susu adalah perkara utama. Bila susu tak cukup, ibu panik. Ketahui cara banyakkan susu badan dalam masa 7 hari sahaja. Bila susu kembali normal, ibu boleh kembali membuat stok susu dengan jayanya.

7 Langkah Banyakkan Susu Badan Dalam Masa 7 Hari Sahaja

1-Minum Air
Elemen paling penting. Kurang air membuatkan susu yang dihasilkan menyusut. Oleh itu minum air ketika haus. Atau sebaiknya 3 liter air sehari untuk ibu yang menyusukan anak.
2-Mengepam Susu
Salah satu sebab susu kurang adalah tak ikut rutin mengepam dengan betul. Jadi kembali ikut rutin yang asal. Dan sebaiknya pamlah 2 jam sekali. Walaupun hanya angin yang keluar, teruskan mengepam. Ini dilakukan untuk memberi ransangan kepada payudara, agar 'signal' mahu susu yang lebih dihasilkan dihantar ke otak. Ambil masa 15-20 minit bagi satu sesi mengepam susu.
Dan sebagai tambahan, buatlah power pumping di antara waktu tengah malam hingga sebelum subuh. Waktu ini hormon prolaktin sangat tinggi. Hormon prolaktin ini adalah hormon bagi menghasilkan susu. Lebih hormon lebih banyak susu dihasilkan.
3-Guna Double Pumping
Pam kedua payudara dalam satu masa yang sama juga membantu membanyakkan susu badan. Ini kerana ransangan yang diterima serentak. Dan kedua belah payudara dapat menghasilkan susu.

susu ibu sikit, susu badan sikit, punca susu badan kurang, susu badan banyak, susu badan sikit, susu badan cair, masalah penyusuan susu ibu, masalah penyusuan susu badan, tips hebat penyusuan susu ibu bekerja, cara terselamat simpan susu ibu, tambah susu ibu bekerja, rahsia tambah susu ibu, susu ibu tak keluar, susu ibu cair, susu badan semakin kurang, susu badan cair, susu badan tiada, set penyusuan shaklee, pil tambah susu shaklee

4-Menyusukan Terus
Ambil cuti, dan bersamalah dengan bayi. Terus menyusukan dia sekerap mungkin. Dan paling penting, pam 10-15 minit bagi membantu mengosongkan payudara. Payudara yang kosong membantu menghasilkan susu yang lebih banyak. Ataupun, ibu boleh membuat tandem nursing-pumping. Maksudnya sebelah payudara menyusukan anak dan sebelah lagi mengepam. Ransangan serentak bermakna lebih susu akan terhasil.
5-Makan Makanan Yang Menambah Susu
Carilah makanan yang berkhasiat untuk banyakkan susu badan. Seperti betik, pucuk manis, tauhu tempe, soya, air horlick, ketam, durian atau apa saja yang membantu. Sebelum makan, bacalah bismillah dan selawat, agar makanan-makanan ini akan memberi manfaat susu badan kembali banyak.
6-Berdoa
Yakinlah susu ibu ini adalah rezeki dari Allah. Jadi bila ditimpa cabaran susu kurang. Berdoalah padanya agar susu kembali banyak. Dan cukup untuk anak. 
Pohon sungguh-sungguh. Bukan sekadar 'Ya Allah, banyakkanlah susu aku, tapi kalau takde juga aku berserah'. Berserah sebelum usaha adalah putus asa. Jadi berusahalah dan berdoa ya ibu-ibu.
7-Ambil Supplement
Amat penting, kerana mengepam dan menyusukan memerlukan ibu sihat dan bertenaga. Bayangkan jika ibu lemah, kurang tenaga, bagaimana nak berjuang kembalikan susu yang dah kurang? Untuk masalah susu kurang, digalakkan untuk mengambil Set 3 M Shaklee.



Set ini mengandungi VitaLea, B Complex, Vita-C, Alfalfa, ESP dan Ostematrix. Kebaikan set ini adalah:
  • Ibu tak letih walaupun berjaga malam mengepam susu
  • Ibu tak letih di pejabat walaupun pam susu beberapa kali
  • Susu kurang akan kembali banyak
  • Anak nak meragam kerana susu cukup
  • Tak perlu beli susu formula, buat back up susu tak cukup
  • Berat badan anak cantik
  • Anak tak kurus, malah tampak berisi dan gebu
  • Ibu yang terlebih berat badan, boleh kembali slim
  • Ibu jadi lebih cergas, bertenaga 
  • Kulit ibu makin cantik
  • Dan kerja di rumah juga tak terabai, juga...
  • Paling penting bila suami ajak bersama, ibu taklah paksa rela lagi. Menambah erat hubungan kasih sayang.
Langkah banyakkan susu badan dalam masa 7 hari ini tidak akan menjadi sekiranya:
1-Kurang minum air
2-Tak ikut rutin mengepam
3-Berfikiran negatif
4-Dan tak bersungguh mahu menyusukan anak
Tak salah berkorban sedikit wang ringgit untuk kembalikan susu ibu. Dari terpaksa melabur duit membeli susu formula yang makin mahal di kedai. Salah satu tanda ibu berjaya, apabila melihat anaknya yang membesar atau sedang membesar, ibu tersenyum kerana tahu yang dia telah berikan yang terbaik untuk anaknya. Iaitu susu ibu.
Jika benar dan bersungguh mahu banyakkan susu badan dalam masa 7 hari dengan bantuan Set Penyusuan Shaklee (Set 3 M). Boleh hubungi Sue Aziz 0196352494

Mealshakes - Multivitamin Hebat Untuk Semua Individu

Assalamualaikum :)
Harini nak bercerita mengenai Promo Item Bulan Mei ini - MealShakes (Multivitamin hebat untuk semua orang)






Sebenarnya Mealshakes ni sangat la bagus dan praktikal untuk semua orang kerana merupakan supplement multivitamin terbaik yang bukan tablet. Jadi sangat sesuai untuk orang yang sukar telan tablet. Mealshakes shaklee bukan sahaja sesuai sebagai multivitamin untuk wanita dan multivitamin untuk kanak-kanak yang kurang berselera makan. Malah semua orang boleh mengambil mealshakes shaklee sebagai pelengkap multivitamin harian.



MealShakes merupakan hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:

• Sarapan segera yang berkhasiat
• Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
• Hidangan segera untuk para atlet
• Kudapan menarik pada bila-bila masa
• Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.


Fakta tentang MealShakes Shaklee:

• Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
• Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
• Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
• Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.


Siapa yang sesuai mengambil MealShakes Shaklee?

• Bayi bermula 1 tahun ke atas
• Kanak-kanak
• Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
• Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
• Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
• Warga tua
Kelebihan Meal Shakes Shaklee
• membantu perkembangan minda dan IQ anak
• menambah selera makan anak-anak
• membantu masalah sembelit
• mengatasi masalah selalu selsema dan asma
• menguruskan badan



Kebaikan Multivitamin - Mealshake Shaklee

  • Melengkapkan 35% keperluan harian vitamin dan mineral yang diperlukan
  • Lengkap 24 jenis vitamin dan mineral penting
  • Mengandungi serat makanan dan protein - mudah lawas
  • Tinggi kalsium - 60% kalsium (dibancuh dengan whole milk). 
  • Dilengkapi dengan magnesium dan vitamin D untuk penyerapan kalsium yang berkesan
  • Kolina pada lecithin soya yang terkandung dalam mealshake penting untuk perkembangan minda
  • Tidak mengandungi laktosa (sesuai untuk orang yang alah laktosa)
  • Penting untuk tumbesaran - Mengandungi asid folik, biotin dengan kalsium, magnesium untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar
  • Kaya dengan antioksida - yang bertindak melawan jangkitan, meningkatkan sistem imun. Seperti vitamin A, C, E, Zink dan selenium.
  • Mencantikkan kulit - Mengandungi vitamin B lengkap, zat besi dan copper untuk membina sel-sel darah merah yang sihat dan mencantikkan kulit
  • Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium 
  • Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. 
  • Sediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. 


Bulan ni Promo Mealshakes ya..Beli 6 Percuma 1..
Anggap lah ini sebagai pelaburan awal anda untuk membantu anak-anak membina kehidupan mereka. Tidakkah anda bangga anak anda skor dalam peperiksaan dan juga kegiatan sukan di sekolah? Jadi rebut lah peluang bulan ini dengan membeli 6 canister mealshake percuma 1 :) Jimat BERGANDA-GANDA !
Hubungi
Sue Aziz
0196352494