Selamat datang ke Azsue's Pharma

Azsue's Pharma kini berwajah baru; lebih SEGAR dan CERIA. Dapatkan pelbagai informasi dan tip-tip kesihatan dan famili di sini. Hubungi kami di azsuepharma@gmail.com atau 0196352494

VIVIX: Memelihara Kesihatan Menyeluruh

Apa respon pengguna VIVIX?? VIVIX Shaklee; Tonik AJAIB!!

Rawat Resdung Dengan Shaklee

Tahukah anda? Masyarakat lazimnya menganggap penyakit ini adalah penyakit yang tidak berbahaya walaupun hakikatnya jika dibiarkan menjadi kronik ia boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!

Set Penyusuan (3M) Shaklee

Membantu ibu-ibu menyusu lebih sihat bertenaga

Kenapa Shaklee Berbeza dengan produk lain

Always Safe. Always Works. Always Green

Thursday, June 19, 2014

Set Kanak-Kanak Shaklee; meningkatkan sistem IMUN anak anda

  Bismillahirrahmanirrahim | Assalamualaikum
Anak anda kerap demam? Dah bagi makan ubat demam, dah tukar-tukar klinik pun asyik demam je. Meh check apa yang tak kena dengan anak kita.
Punca anak-anak yang sering demam, selesema anak dan batuknya berulang-ulang kali datang  adalah tahap sistem imunnya yang rendah. Tambah anak-anak yang dihantar di nursery, sekolah ataupun yang selalu dikelilingi orang ramai. Mereka lebih mudah dijangkiti penyakit.
Sistem imun berfungsi membina pertahanan tubuh dan melawan virus dari merosakkan sel-sel tubuh kita dan menyebabkan anak-anak jatuh sakit. Sistem imun sangat penting dalam mempengaruhi kesihatan dan kestabilan fizikal kita. 
 Sebilangan ibubapa memilih untuk membawa anak mereka ke klinik untuk mendapatkan antibiotik. Dipercayaai antibiotik mampu membunuh VIRUS & KUMAN yang membuat anak mereka sakit.  Antibiotik bukan sahaja membunuh VIRUS & KUMAN JAHAT, ia juga membunuh VIRUS & KUMAN BAIK yang sepatutnya melindungi tubuh badan kita dari penyakit. Dengan kata lain, antibiotik tidak membantu pun meningkatkan sistem imun.


Jadi untuk membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak kita boleh memberikan supplement Set Kanak-kanak shaklee yang selamat kepada mereka.
Set Kanak-Kanak shaklee tidak memudaratkan kesihatan kanak-kanak kerana 100% semulajadi, tidak mengadungi perasa, pewarna, dan pengawet tiruan serta telah diuji dengan lebih 80,000 ujian termasuk ujian klinikal. Dan yang paling penting produk shaklee diuji ke atas manusia sahaja. Shaklee tidak menggunakan sebarang jenis haiwan dalam uji kaji mereka.
Set Kanak-kanak shaklee yang membantu melengkapkan dan meningkatkan sistem imun adalah:

Set Kanak-kanak Shaklee untuk Umur 1 Hingga 12 Tahun

Chewable Vita-C Plus, Omega Guard, Mealshake dan Nutriferon Shaklee 

Set Kanak-kanak Shaklee untuk 12 tahun Ke Atas

  Chewable Vita-C Plus, B.Complex, Vitalea,  Omega Guard, Mealshake dan Nutriferon Shaklee
 
Vitamin-vitamin shaklee ini membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh terhadap jangkitan virus, bakteria, kulat dan radikal bebas yang mudah menyerang sistem pertahanan tubuh kanak-kanak
Kombinasi set Kanak-kanak Shaklee ini juga membantu anak lebih cerdik, menguatkan daya ingatan, membantu anak lebih fokus, ceria, berat badan bertambah, aktif secara normal, dan membantu meningkatkan selera makan anak anda.

Untuk maklumat lanjut berhubung Set Kanak-Kanak Shaklee, Atau memilih kombinasi vitamin yang sesuai mengikut keperluan tubuh & poket anda. Hubungi saya, saya bantu Anda.

Mahu Order?? Klik sini..

Set Kanak-kanak Shaklee



Sue Aziz 
0196352494

Sunday, June 15, 2014

Set Slim untuk Ibu menyusu Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim | Assalamualaikum

Setiap wanita idamkan tubuh badan yang langsing dan sihat. Suatu ketika dahulu, ada yang sanggup tidak hamil dan menafikan penyusuan secara eksklusif gara-gara takut berat badan NAIK. Alasan di beri; TAK NAK BERAT BADAN NAIK!!!

Tahukah anda? IBU MENYUSU MEMBAKAR PURATA 300 - 500 KALORI SEHARI.









Ibu menyusu juga boleh Slim jika mereka mahu. Namun, anda perlu mengikut peraturan diet bagi ibumenyusu. Ini untuk memastikan supaya badan anda Slim, anda dan baby sihat dan susu anda tidak kekeringan.

Shaklee ada menawarkan Set Slim yang boleh diambil oleh ibu menyusu. Membakar lemak di samping menambah kuantiti dan kualiti Susu IBU. Kini, kehamilan & penyusuan bukan lagi alasan buat anda kekal langsing. Malahan ramai di kalangan pengguna Set Slim Shaklee untuk ibu menyusu  menyatakan mereka lebih Slim daripada sebelum hamil. Saya sendiri telah turun 17kg dalam tempoh 6 bulan dengan Set Slim untuk ibu menyusu Shaklee.





Mari kita berkenalan dengan produk-produk Set Slim untuk Ibu menyusu Shaklee

Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut Lecithin mengandungi 530g Lecithin. Lecithin bertindak sebagai pemecah lemak. Ianya selamat dan tidak menjejaskan penyusuan bagi ibu-ibu yang menyusu. 

Omega Guard Shaklee adalah pilihan selamat bagi ibu menyusu membakar lemak. Ini kerana Omega Guard Shaklee bertindak membakar lemak di badan tanpa menjejaskan susu yang terhasil. Susu tidak akan berkurang, juga tiada pencemaran yang berlaku terhadap susu ibu. Selain daripada bakar lemak ibu menyusu, Omega Guard Shaklee juga dapat membantu perkembangan otak bayi semasa di dalam kandungan. EPA dan DHA yang ada di dalam Omega Guard penting untuk sistem imunisasi anak-anak. Omega juga dapat meningkatkan kesihatan otak dan tubuh badan

Setelah lemak dipecahkan, lemak berlebihan itu perlu diangkut keluar dengan proses detox. Ibu-ibu menyusu disyorkan Alfalfa. Ada dikalangan ibu menyusu badan mengatakan Alfalfa dapat menambahkan susu badan.

Ibu-ibu menyusu yang disarankan mengambil ESP (Energizing Soy Protein).ESP juga dikatakan dapat membantu memekatkan susu ibu dan memberi tenaga berkekalan yang dapat bertahan berjam-jam lamanya. Selain itu ESP Shaklee juga membantu ibu memperolehi kulit yang lebih licin, gebu dan anjal.

Anda juga boleh mengikuti panduan diet bagi ibu menyusu untuk mendapatkan kesan yang lebih efektif.
Ingin mencuba Set Slim untuk ibu Menyusu Shaklee?
Pastikan anda ambil Set yang betul menggunakan teknik yang betul untuk memastikan hasrat anda Langsing dan sihat tercapai.


Sue Aziz
0196352494

Segalanya tentang Diet untuk Ibu Menyusu

Bismillahirrahmanirrahim | Assalamualaikum

Peraturan diet bagi ibu menyusu:

1)  Berdiet hanya selepas anak melepasi umur 2 bulan 
Ini adalah untuk memberi badan kita masa untuk menghasilkan susu yang berkualiti untuk bayi anda. Dengan menyusukan, badan kita membakar purata 200-500 kalori sehari.  

2) Menyusukan tanpa had
Kajian menunjukkan jika seseorang ibu itu kerap menyusu dan menyusu lebih daripada  6 bulan, ibu akan hilang lebih berat. Oleh itu, jangan risau tentang berat anda dan teruskan menyusukan badan secara eksklusif sampailah anak berumur 6 bulan.

3) Makanlah sekurang-kurangnya 1500-1800 kalori sehari
Adalah disarankan anda mengambil sekurang-kurangnya 1500-1800 kalori sehari untuk memastikan susu anda mencukupi dan berkualiti. 

4) Tidak boleh turun berat lebih daripada 680 gram seminggu 
Ibu-ibu boleh turun berat sehingga 680 g seminggu atau 3kg sebulan selepas bulan kedua dan tidak menjejaskan susu dan kesihatan bayi.

5) Kurangkan pengambilan kalori secara perlahan-lahan
Jangan terlebih mengurangkan kalori, dikhuatiri akan menyebabkan kurangnya kualiti susu ibu.

6) Elakkan ambil jalan mudah utk kurus
Liquid diet, diet rendah karbohidrat, diet atkin, ubat kurus adalah sangat tidak digalakkan ketika menyusu.







Panduan Diet bagi ibu menyusu:

1) Jangan skip meal, kerana berpotensi untuk terlebih makan jika tahan lapar

2) Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari

3) Jangan timbang berat setiap hari kerana perubahan mungkin tidak segera dalam masa yang singkat, jadi elakkan timbang setiap hari untuk elakkan perasaan kecewa jika berat tidak turun secepat yang dikehendaki.

4) Ambil sarapan kerana sarapan pagi akan menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisma juga akan meningkat untuk membakar kalori yang berlebihan

5) Makan dengan bijak. Makan berkualiti bukan kuantiti. Kunci utama ibu berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun adalah ibu perlu menjaga kesihatan tubuh badan. Cuba lebihkan makanan yang berfiber, protein tinggi. Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan terlalu manis. Ambil lebih buah-buahan dan sayur-sayuran. Pilihlah ikan dan kurangkan ayam dan daging. Kurangkan mengambil nasi dan ambillah vitamin-vitamin untuk memastikan kualiti nutrisi seharian.

6) Makan lebih kerap. Makan setiap 2-3 jam sepanjang hari dan bukannya hanya 3 kali sehari. Ini akan memastikan metabolisma badan anda aktif, mengelakkan terlebih makan kerana lapar dan dahaga. Tukarlah kepada cara pemakanan yang baru dan sihat.

7) Pastikan anda cukup tidur. Tidur itu penting untuk memastikan anda focus dan beremosi baik dan seterusnya dapat mengawal gaya pemakanan anda.Cuba untuk tidur sementara bayi anda tidur.

8) Harus diingatkan proses menurunkan badan ini memerlukan komitmen sebab berat akan turun secara beransur-ansur.  

9) Bersenamlah selalu. Bersenam akan mengelakkan kita daripada sakit-sakit badan yang lain dan ‘kesan sampingan’nya akan berat kita akan berkurangan.

Untuk kesan yang lebih efektif?

Shaklee ada menawarkan Set slim untuk ibu menyusu.
Anda pasti lebih langsing sihat & menawan dengan menggunakan set tersebut


Sue Aziz
0196352494

Tuesday, June 10, 2014

Saya Pengedar Sah Shaklee Taman Shamelin Perkasa

Bismillah | Assalamualaikum

Saya merupakan pengguna dan pengedar sah Shaklee Malaysia . Saya menggunakan ID Shaklee 1096532. Penghantaran dan perkhidmatan ke seluruh Malaysia. 

Bagi yang inginkan penghantaran terus, COD boleh dibuat disekitar kawasan jajahan saya. Saya tinggal di Taman Shamelin Perkasa, menghantar anak-anak di San Peng dan bekerja di Bandar Tun Razak. Sedia COD di sekitar kawasan tersebut.



Saya menawarkan khidmat konsultasi kesihatan, slimming dan kecantikan yang terbaik buat anda. Kedai online saya dibuka sepanjang masa. Anda akan diajar jadual pengambilan supplemen yang betul, kaedah dan teknik yang betul mengikut kesesuaian tubuh badan anda. Anda pasti berpuashati dengan perkhidmatan saya.

Kebahagiaan saya adalah apabila dapat menambah nilai kehidupan anda semua.

Jom sihat bersama Shaklee!!



Sue Aziz

 (SID: 1096532)
Call/SMS/Whatapps: 0196352494