Tuesday, April 8, 2014

Ada Apa dengan Ostematrix

Bagi melindungi tulang, anda memerlukan lebih daripada kalsium semata-mata untuk membina tulang tersebut supaya menjadi kuat. OsteMatrik SHAKLEE mengandungi rumusan yang terbaik untuk membantu menguatkan tulang-tulang anda.
 
Kandungan di dalam OsteMatrix
Setiap pengambilan tablet OsteMatrix, akan mengandungi:
- 1000mg Kalsium 
- 400mg Magnesium
- 400IU Vitamin D
 
Kepentingan Kalsium:
Kandungan kalsium di dalam tubuh badan seseorang manusia mempunyai pelbagai fungsi. Disebabkan itulah, Kalsium ini sangat penting buat manusia. Antara fungsi Kalsium di dalam kehidupan kita terutama pengawalaturan sistem badan kita ialah:
  1. Membantu mengekalkan tekanan darah manusia.
  2. Apabila semakin berusia, kandungan kalsium di dalam badan juga mula menurun.
    Jika penurunan kandungan kalsium di dalam badan kita ini secara mendadak, kalsium tambahan perlu diambil  bagi meningkatkan kembali kandungan kalsium di dalam darah kita supaya kembali menjadi normal.
     
     
    Gambar di atas menunjukkan bagaimana tindakan badan untuk mengambil semula Kalsium tambahan di dalam badan supaya dapat menormalkan kembali aras kalsium di dalam darah. Kekurangan kalsium berterusan boleh menyebabkan pereputan tulang dan mungkin juga boleh menyebabkan osteoporosis. (Seperti gambar di bawah). Walau bagaimana pun, kandungan kalsium juga tidak boleh terlalu tinggi kerana mendapannya di dalam tisu-tisu badan boleh menyebabkan kerosakan organ-organ dalaman badan.
     
     
     
  3. Membantu pengawalaturan dan fungsinya di dalam sitosol sel manusia
  4. Kandungan kalsium paling tinggi di dalam sitosol sel badan manusia. Ini kerana sifatnya yang boleh bertindak selaku pembawa mesej terhadap sesuatu tindak balas berlaku. Jika kita kekurangan kalsium, bagaimana mungkin tindak balas dapat berlaku dengan cepat?
     
     
     
     
  5. Membantu mekanisma pergerakkan otot-otot manusia.
  6. Pergerakkan otot, sendi, tulang-temulang kita juga disebabkan oleh kehadiran kalsium. Ia akan melekat kepada komponen di dalam sel-sel otot dan memberangsangkan pergerakkan untuk berlaku.
     
  7. Membantu proses persenyawaan yang lebih baik lagi. 
  8. Sewaktu persenyawaan, sperma akan membebaskan nukleusnya untuk bercantum dengan telur atau ovum. Kemudian dinding ovum akan tertutup semula bagi mengelakkan sperma-sperma yang lain memasukinya. Kalsium akan membantu sejenis bahan di dalam telur atau ovum tadi untuk dirembeskan dan kemudian membantu pembinaan dinding tersebut.
 
Kepentingan Magnesium
Jika di dalam Biologi, Oste adalah istilah yang akan dikaitkan dengan tulang.
Manakala Matrix pula adalah merujuk kepada satu kandungan di dalam sel tulang yang berbentuk kolegen.


Matrix ini tebina daripada gabungan kalsium dan magnesium yang tinggi dengan tujuan untuk menguatkan tulang-tulang.

Kepentingan Vitamin D
Vitamin D boleh diperolehi melalui pemakanan atau pun melalui pendedahan kulit terhadap cahaya matahari terutama di waktu pagi hari.
Sewaktu penyerapan semula kalsium berlaku kesan kekurangan kalsium, ginjal kita akan mengaktifkan Vitamin D supaya ianya dapat membantu merangsangkan penyerapan Kalsium di dalam usus manusia. Maka ini akan membantu meningkatkan kembali kandungan kalsium dalam badan kita.

0 comments :

Post a Comment